Patutkah Kerajaan Gubal Undang-Undang Berkaitan Sihir?



Kerajaan digesa menggubal undang-undang berkaitan ilmu sihir dengan segera, bagi memastikan tiada pihak yang mengamalkan ilmu terlarang itu di negara ini.

Gesaan itu yang dibuat Universiti Malaysia Pahang (UMP), melalui Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-Undang Sihir, kerana terdapat kes membabitkan ilmu sihir yang tidak dapat disabitkan hukuman, ekoran tiada undang-undang yang membolehkan tindakan diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-undang Sihir UMP, Dr Mahyuddin Ismail ketika dihubungi The Rakyat Post berkata, kebanyakan kes membabitkan ilmu sihir, termasuk pembunuhan, hanya disabitkan kesalahan membunuh, jika mempunyai bukti mencukupi dan bukannya atas kesalahan mengamalkan sihir.

“Sebagai contoh, terdapat satu kes di Temerloh, Pahang di mana seorang bomoh meminta seorang lelaki membawa kepala seorang lelaki untuk menjalankan aktiviti ritual.

“Jadi, lelaki tersebut memenggal kepala seorang lelaki Bangladesh.

“Dia kemudiannya didakwa di mahkamah kerana membunuh, tetapi dalang di sebalik kes ini, iaitu bomoh berkenaan terlepas begitu sahaja. Oleh itu, perlu ada Undang-undang Sihir.

“Kita ambil contoh kes Mona Fandey, dia dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh, tapi apa tindakan yang diambil kerana mengamalkan ilmu hitam?

“Kes ini disebut dalam mahkamah, tetapi tertuduh tidak didakwa mengamalkan ilmu sihir. Mereka hanya didakwa kerana membunuh,” kata Mahyuddin.

Menurutnya, selepas menjalankan satu kajian teliti, beliau dan pasukannya menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk mengenal pasti jika sesorang itu mengamalkan ilmu sihir.
Mahyuddin dan pasukannya turut menyenaraikan beberapa kaedah dan soalan, bagi mengendalikan kes-kes berkaitan amalan sihir.

Persoalanya , apakah Malaysia memerlukan undang-undang untuk menangani kes jenayah membabitkan amalan sihir. – Jelasnya, selepas seseorang itu mendakwa terkena sihir, beberapa soalan perlu ditanya bagi membuktikan jika benar orang itu terkena sihir atau hanya menghidapi skizofrenia

0 Kaki Cili Padi "Patutkah Kerajaan Gubal Undang-Undang Berkaitan Sihir?"

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info