Jom Lihat....Majlis Berinai Hanez Suraya Dengan Tema Baju Tidur

Hanez Suraya bakal melangsungkan perkahwinannya hari ini

Pelakon Hanez Suraya bakal bernikah dengan kekasih hatinya Romie pada hujung minggu ini.

Sebentar tadi (13 Mac) pelakon in telah mengadakan majlis malam berinai.

Hanez Suraya telah memuatnaik beebrapa keping gambar majlis berinai untuk dikongsi bersama pemintanya.
Jom lihat beberapa keping gambar majlis berinai Hanez Suraya:


2015-03-14%2B09.12.32.png


2015-03-14%2B09.13.15.png


2015-03-14%2B09.13.48.png


2015-03-14%2B09.14.20.png


2015-03-14%2B09.14.57.png


2015-03-14%2B09.15.36.png

Malam tadi, berlangsung pula majlis berinai di rumahnya. Apa yang paling sempoi adalah temanya adalah adalah baju tidur.tapi rasanya tak hairan manalah sebab masa majlis berinai akak dulu pun akak pakai baju tidur gak...siap pakai kain batik lagi....

updated..satgi majlis nikah akan berlangsung..



Romie juga telah menyarung sebentuk cincin ke jari manis Hanez semasa upacara membatalkan air sembahyang. 

Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dibalas sembilan oleh pihak perempuan yang telah digubah indah oleh Najeeb From Kuntum. 

Pasangan mempelai mengenakan baju kurung moden dan baju melayu berwarna putih rekaan Wan Pa. 

Majlis dihadiri 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai kedua-dua belah pihak, termasuk pihak media. 

Hanez dan Romie telah berkenalan selama 2 tahun sebelum mengikat tali pertunangan pada 3 Januari lepas




Romie menyerahkan maskahwin berjumlah RM20,000 kepada Hanez selepas sah diijabkabul sambik disaksikan oleh salah seorang anak Romie.

Tepat jam 11.24 pagi, dengan hanya sekali lafaz, Hanez Suraya sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha. Hanez kelihatan sebak saat akad selesai dilafazkan.

Tepat jam 11.24 pagi akhirnya pelakon yang menghadapi pelbagai kontroversi sepanjang tahun 2014 Hanez Suraya 30, telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Romie Razin Adilha Dato’ Abd Jais 35, dengan sekali lafaz bersaksikan oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Ybhg Tuan Haji Abdul Manaf Haji Mat.
Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh bapa Hanez Suraya sendiri iaitu Encik Abdul Aziz Mohd. Said di Masjid Putra, Putrajaya.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 20, 000. Pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran, seperti Tepak sirih dan Mas kahwin, Rantai, Al-Quran dan tasbih, set perfume dan alat solek, beg tangan, dan sepasang kasut.
Manakala pihak perempuan, membalas 9 dulang iaitu sirih junjung, Al-Quran/sejadah/tasbih, kek, buah-buahan, set wangian,beg, tali pinggang, baju/seluar dan sepasang kasut.

0 Kaki Cili Padi "Jom Lihat....Majlis Berinai Hanez Suraya Dengan Tema Baju Tidur"

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info