Bekas Pengurus Lantik Peguam, Tegar Tak Gentar!



Penyanyi cilik berasal dari Indonesia, Tegar tidak gentar berhadapan dengan bekas pengurusnya Arif Dollah di mahkamah.

Tegar Septian, 13, ketika ditemui di Istana Budaya pada Jumaat berkata, demi mempertahankan kebenaran dia tidak malu untuk membuat pengakuan di muka pengadilan.

“Saya tidak malu lagi sekarang…Demi maruah dan kebenaran saya akan ke mahkamah untuk menyelesaikan kes ini.

“Lagipun mengapa saya mesti takut dengan Arif. Dia mahu upah peguam, saya juga sudah bersedia.

“Saya sudah lapor mengenai gangguan seksual yang dilakukan Arif kepada saya di balai polis di Indonesia dan akan membuat laporan di Malaysia juga kerana kejadian tersebut berlaku di sini. Saya turut membuat laporan di balai polis Singapura kerana dia berasal dari sana,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Tegar lagi, dia mempunyai keberanian untuk mendedahkan perbuatan terkutuk Arif selepas dihubungi anak tiri bekas pengurusnya itu.

“Anak tiri Arif, Sufie seorang penyanyi dari Indonesia hubungi saya dan memberitahu pernah dicabul Arif ketika dia seusia saya.

“Dari situ saya memperoleh kekuatan untuk menceritakan segala-galanya kepada Sufie. Saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa Arif,” ujarnya.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang ini lagi, dia tidak berani mendedahkan perbuatan jijik Arif sebelum ini kerana trauma dan takut.

"Saya pernah beritahu ibu tentang kelakuan pelik Arif tapi dia tidak percaya. Maklum sahajalah siapa yang mahu percaya kata-kata anak kecil seperti saya...Sejak itu saya hanya berdiam sehinggalah dihubungi Sufie," jelasnya.

Ketika ditanya adakah dia serik untuk bergelar artis selepas kejadian hitam ini menimpa dirinya, kata Tegar peristiwa ini akan dijadikan pengajaran sepanjang hidupnya.

“Saya tidak akan pernah berputus asa untuk terus berada dalam industri seni. Ini pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati dan berani pada masa akan datang.

“Saya perlu tabah dan tegar untuk meneruskan kehidupan,” kata Tegar yang kini lebih selesa diuruskan oleh ibu dan bapanya sendiri.
0 Kaki Cili Padi "Bekas Pengurus Lantik Peguam, Tegar Tak Gentar!"

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info