Usia Baru 21 Tahun, Anak Dah 11 Orang



Semenanjung Gaza – Dia baru berusia 21 tahun, namun Naeema sudah melahirkan 11 anak termasuk kembar lima yang semuanya berusia bawah tujuh tahun.


Naeema yang sudah berkahwin dengan suaminya, Raad, 25, sejak tujuh tahun lalu, berkata dia sebenarnya hanya mahukan lima anak.

“Percayalah, saya tidak langsung ingin terus mengandung dan melahirkan anak. Saya mahukan hanya lima, seperti wanita normal lain.

“Sudah bertahun-tahun saya tidak dapat ke mana-mana kerana sibuk menjaga anak. Apatah lagi dengan kembar lima yang memerlukan lebih banyak pemerhatian.

“Pada waktu malam saya lebih banyak terjaga daripada tidur kerana perlu menyusukan semuanya,” katanya dalam wawancara dengan rangkaian televisyen Al Arabiya. – Agensi
0 Kaki Cili Padi "Usia Baru 21 Tahun, Anak Dah 11 Orang"

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info