Sekali imbas, pelakon dan pengacara ini nampak masih muda, namun Qi Razali sebenarnya sudah pun menjangkau usia 38 tahun dan berdiri di atas faktor tersebut, Qi (sebut Chi) nekad mahu mempercepatkan urusan ke jinjang pelamin bersama kekasih hati, Nelydia Senrose.
Mengakui masih lagi belum puas mengejar impian masing-masing, Qi yang ditemui baru-baru ini telah mengesahkan bahawa dia telah memutuskan untuk menghantar rombongan meminang pelakon cantik itu dalam masa terdekat ini.
“Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia”
“Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan dengan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan untuk kehidupan berumah tangga yang kalau boleh tak mahu dilengahkan lagi”
“Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan harapnya selepas bergelar tunang, kuranglah cerita yang kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu,” katanya kepada portal Murai.
>> Klik DISINI untuk TUTUP <<
0 Kaki Cili Padi "Qi, Nelydia Bakal Bertunang, Tidak Mahu Berlengah Lagi"