Modul Baru PLKN berdepan Keganasan,Cabaran Ekobomi dan Politik



Modul baru Program Latihan Khidmad Negara (PLKN) akan mempersiapkan pelatih berdepan denagan elemen keganasan,cabaran ekonomi dan perubahan landskap politik.

Itu keyakinan diberikan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Sri Hishammuddin Hussein terhadap perkembangan terkini perbincangan  modul baru PLKN  yang berlangsung sejak tiga minggu lepas.

Beliau berkata mereka masih dalam proses perbincangan hala tuju PLKN dan ia mungkin dapat dicadangkan kepada Jemaah Menteri untuk diluluskan. Dalam pada itu penangguhan PLKN selama setahun  memberi ruang kepada pihaknya untuk memperincikan cadangan yang ada dengan jelas dan tersusun.

"Pada Akhirnya , Kami melihat modul baru itu akan menerapkan semangat patriotisme,kesukarelawan dan pembinaan modal insan."

"Selepas di bawa kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan, kami akan mengadakan hari terbuka bagi mendapatkan idea dan input daripada orang awam termasuk ibu bapa,pelatih dan pihak berkepentingan."katanya
0 Kaki Cili Padi "Modul Baru PLKN berdepan Keganasan,Cabaran Ekobomi dan Politik"

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info