11 Teknik memikat hati keluarga kekasih lelaki.
Dalam sesuatu hubungan yang terjalin, yang paling penting adalah restu orang tua. Terutamanya restu dari pihak keluarga lelaki. Jadi orang perempuan harus berusaha lebih sedikit supaya dirinya diterima oleh keluarga kekasihnya. Terdapat pelbagai cara untuk perempuan memikat hati keluarga kekasihnya. Jadi disini saya nyatakan serba sedikit supaya boleh dijadikan panduan..
1. Sentiasa ingat atau buat peringatan dalam handphone tentang hari-hari penting keluarga kekasihnya seperti harijadi ibu, ayah, dan juga adik beradiknya.Bila tiba masanya, berilah ucap selamat. Lagi bagus kalau belikan hadiah. Yang biasa-biasa pun tak apa sebab itu besar ertinya pada keluarga kekasihnya itu..
2. Sekali sekala telefonlah ibu atau adik beradik perempuannya untuk bertanyakan khabar atau yang lain-lain.. Yang adik beradik lelakinya tak usah lah. Nanti dia pulak yang jatuh hati..haha.
3. Jika datang kerumah keluarga kekasihnya, jangan lupa bawa ole-ole. Janganlah datang bawa badan sahaja. Tak usah yang mahal-mahal.Yang biasa-biasa pun dah ok. Contoh,bawalah makanan yang boleh dimakan seluruh ahli keluarganya. Macam-macam lagi yang boleh dibelikan. Itu semua terserah pada diri masing-masing. Tapi kalau yang dah selalu datang, buatlah cara lain lain. Masakkan untuk keluarganya pun ok. Bila buat sebegitu, ikatan lebih mesra akan terjalin.
4. Jangan hipokrit. Jadilah diri sendiri. Jangan berpura-pura tunjukkan muka manis didepan keluarganya tapi dibelakang anda mengutuk. Yang paling penting, anda perlu sopan pada semua ahli keluarganya.
5. Bila bersama ahli keluarganya, jangan anda hanya berdiam diri. Bersikap ramah lah seperti turut sama berbual jika topik yang dibualkan itu bukan perkara yang sensitif. Dari situ, kemesraan akan wujud.
6. Harus bersedia bila ada ahli keluarganya yang meminta pertolongan. Tapi itu jika anda ada masa dan upaya untuk menolongnya. Contoh, kekasih anda meminta bantuan anda supaya menghantar ibunya ke klinik ataupun meminta untuk membawa ibunya bersiar-siar di taman bunga.
7. Cuba jadi pendengar yang baik untuk ibu dan ayahnya. Ini kerana kebiasaannya orangtua suka bercerita tentang masa lalu. Cerita masa mereka muda-muda dahulu dan pahit getir sebelum dapat hidup seperti waktu sekarang.
8. Mengkaji dan fahami apa hobi ahli keluarganya terutama ibu dan ayahnya. Ini kerana, bila sudah difahami maka akan lebih banyak perkara yang dapat dibualkan bersama.
9. Pelajari tentang adat keluarganya. Jika keluarganya orang minangkabau, belajarlah tentang adat orang minang seperti cara makan, cara hormat orangtua dan lain-lain lagi. Ini penting kerana lain adat, lain pula caranya.. paling tidak pun, anda tahu perkara-perkara penting adat keluarganya.
10. Di hari raya pula, jangan lupa memberi ucap selamat dan mohon ampun maaf. Jika perlu, bawalah kuih-muih atau kek. Lagi istimewa jika anda yang buatnya sendiri.
11. Di hari-hari biasa, tak salah jika anda belikan hadiah untuk keluarganya. Contoh, belikan kain untuk ibunya atau kopiah untuk ayahnya atau boleh juga belikan mainan untuk adiknya. Yang penting, pelajari apa kegemaran ahli keluarganya terutama ibu dan ayahnya.
0 Kaki Cili Padi " 11 Teknik memikat hati keluarga kekasih lelaki."