VIDEO & GAMBAR: 2 Buah Pesawat Di Pertunjukan LIMA'15 Terhempas

LANGKAWI: Dua buah pesawat Jupiter Aerobatic Team milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) telah terhempas sebentar tadi.

Pesawat tersebut dikatakan hilang kawalan semasa melakukan latihan aerobatik sempena LIMA'15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.

Nahas yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu dikatakan seedang berlatih bersama sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B yang lain.

Semasa melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas.

Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang iaitu di kawasan hutan berhampiran Permandangan indah dan di atas sebuah rumah, disusuli api dan kepulan asap.

Kami telah menghubungi Balai Bomba Langkawi dan mengesahkan perkara ini.

Kedua-dua juruterbang dipercayai terselamat






0 Kaki Cili Padi "VIDEO & GAMBAR: 2 Buah Pesawat Di Pertunjukan LIMA'15 Terhempas"

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info