Promosi Hebat Selepas Kempen Penurunan Harga Barang



KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) --Harga sebanyak 8,285 produk pelbagai barangan telah diturunkan sebanyak 70 peratus sejak Kempen Penurunan Harga 2015 peringkat kebangsaan dilancarkan awal bulan ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kempen itu melibatkan 1,036 pengusaha industri runcit termasuk pasar raya besar serta pasar raya mini di seluruh negara.

Katanya perkembangan positif itu adalah hasil perbincangan antara kerajaan dan penggiat industri bagi menjayakan kempen penurunan harga barang.

"Kerajaan telah buat kempen penurunan harga sejak 2008 sehingga kini. Penyertaan merupakan komitmen secara sukarela dengan peratusan penurunan harga barang keperluan antara 10 hingga 70 peratus.

0 Kaki Cili Padi "Promosi Hebat Selepas Kempen Penurunan Harga Barang"

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info