Mamat Khalid Rasa Zizan Sudah Sombong Dan Berlagak


Hampir kesemua karya arahannya berjaya meraih pulangan hebat di pawagam apatah lagi idea-idea yang diterjemahkan menerusi filem tidak mengecewakan penonton.

Bakal mempertaruhkan filem seterusnya, Werewolf Dari Bangladesh, bermula 5 Mac ini, Mamat pertama kali diduga dengan masalah berkaitan dengan pelakon apabila tonggak utama, Zizan Razak dan Emma Maembong tidak muncul di majlis tayangan perdana filem berkenaan.

"Dalam sejarah saya buat filem bermula tahun 2004, ini adalah kali pertama pelakon tidak datang dan memberikan kerjasama di majlis tayangan perdana.

"Saya merasakan mungkin ini adalah 'trend' artis sekarang apabila mereka merasakan tahap diri mereka tinggi dengan peminat yang beratus juta, mereka tidak perlu datang.

"Kalau satu ketika dahulu, untuk tayangan perdana, pelakon apatah lagi tunjang utama filem akan memberikan kerjasama yang baik untuk mempromosikan filem lakonan mereka. Namun kini, budaya itu telah mati. Mungkin mereka rasa, ianya sudah cukup sekadar
penglibatan dalam filem sahaja," kata Mamat.

Jelasnya, ketidakhadiran dua pelakon itu hanya dimaklumkan beberapa jam sebelum sesi tayangan itu diadakan sedangkan tarikh itu adalah tarikh kedua yang dipilih setelah meneliti jadual pelakon berkenaan.

0 Kaki Cili Padi "Mamat Khalid Rasa Zizan Sudah Sombong Dan Berlagak"

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info