Johan sangat Pemurah Kata Ozlyn



Sebut saja nama Johan Raja Lawak, pasti ramai yang mengenalinya. Dengan bakat melawaknya yang superb, seringkali membuatkan orang ramai ketawa dan tidak sabar menunggu lawak yang seterusnya dari Johan.

Baru-baru ini juga, Johan telah berjaya merangkul 3 anugerah di Anugerah MeleTOP Era 2015. 

Namun, di sebalik kejayaan itu, tiada siapa yang tahu Johan dan keluarganya mempunyai satu sifat yang terpuji iaitu beliau seringkali memberikan makanan percuma kepada jemaah masjid. 

Mana tidaknya, sejak kebelakangan ini, isteri Johan, Ozlyn, kerap memuat naik gambar-gambar makanan yang telah siap dibungkus disedekahkan kepada jemaah masjid yang hadir mengerjakan solat Jumaat. 



Bertuah siapa yang solat di masjid itu. Namun ada juga individu-individu yang mempertikaikan sedekah yang dilakukan itu.

Alhamdulillah. Walaupun telah menempa nama di persada industri hiburan, Johan sekeluarga tidak lokek berkongsikan rezeki yang diberi oleh Allah itu. 

Semoga Johan terus dimurahkan rezeki dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Amin. 
0 Kaki Cili Padi "Johan sangat Pemurah Kata Ozlyn "

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info