Ibu Bapa Bakal Di Saman RM300 Jika Bagi Izin Anak Tunggang Motosikal ke Sekolah



Ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen sah di sekolah akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk saman RM300 dalam Op Roda mula di lancarkan di seluruh negara semalam.

Ketua Trafik Pasukan Cawangan Trafik Polis diRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Muhd Fuad Abd Latif berkata , Op Roda akan memberi tumpuan kepada penunggang dan pemilik motosikal yang menyumbang kes kemalangan tertinggi menerusi Ops Selamat sebelum ini.

Op Roda juga akan memberi tumpuan di kawasan sekolah bagi mengesan kumpulan pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen.

"Ibu Bapa yang membenarkan anak mereka berbuat demikian akan berdepan hukuman yang sangat berat. Malah tidak teragak-agak untuk menyita motosial berkenaan selain mengeluarkan saman maksimun kepada Ibu Bapa"


0 Kaki Cili Padi "Ibu Bapa Bakal Di Saman RM300 Jika Bagi Izin Anak Tunggang Motosikal ke Sekolah"

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info