Fynn Jamal Letak Syarat Jika Mahu Peminat Mahu Berselfie Dengannya



Heboh di laman sosial yang mendakwa penyanyi wanita, Fynn Jamal meletakkan syarat yang tidak masuk akal jika ada peminat yang mahu bergambar dengannya.

"Saya nak sangat ambil gambar Kak Fynn semalam, tetapi abang Tri cakap kena beli barang baru boleh ambil gambar. Saya tengok ada apa-apa yang berkenan nak beli tak, takde pulak sebab dah siap beli barang. CD plak dalam kereta nak mintak sign. So ambil gambar Kak Fynn dari jauh je dengan dapat tengok Juna. Then kitorang balik. Seronok dapat tengok Kak Fynn," demikian luahan Nurieena.


Wah! Ini benar-benar kali pertama mendengar artis buat syarat yang tidak masuk akal. Even artis antarabangsa pun tak ada buat syarat 'gile barang' seperti ini. 

Kenyataan Nurieena itu mendapat perhatian Fynn Jamal dan ini jawapan balasnya.

"Sori!!! Sebab ramai sangat dah tak larat. Terpaksa buat syarat. Tapi bila yang dah beli barang dah settle, akak bergambar je dengan siapa-siapa. Malah masa pergi toilet pun bergambar dengan orang," katanya dalam nada ketawa. 


Jika begini sikap selebriti tanahair, boleh lingkup terus industri hiburan negara. 

Selebriti tempatan seharusnya menghargai peminat mereka, bukannya mengenakan syarat mengarut lebih-lebih lagi peminat hanya mahu bergambar sahaja. 

Apabila adanya artis meletakkan syarat seperti ini, level artis tu dah jadi seperti seekor burung zoo dimana pengunjung perlu membayar RM10 untuk bergambar dengan burung itu. 
0 Kaki Cili Padi "Fynn Jamal Letak Syarat Jika Mahu Peminat Mahu Berselfie Dengannya"

 
Copyright © 2014 Putar Belit - All Rights Reserved
Template By Catatan Info